Kepala air sebabkan banjir di Kampung Janda Baik, Bukit Tinggi - Utusan Malaysia

Kepala air sebabkan banjir di Kampung Janda Baik, Bukit Tinggi

ANGGOTA APM sedang memantau kawasan jalan raya yang dipenuhi lumpur akibat kepala air di Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang. - FOTO /IHSAN APM BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kejadian kepala air akibat hujan lebat mengakibatkan kawasan penempatan dan premis di Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik di sini dilanda banjir berlumpur.

Dalam kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bentong, kejadian bermula pada pukul 6.30 petang hari ini berpunca daripada hujan lebat turun di kawasan tersebut, bagaimanapun tidak melibatkan pemindahan mangsa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain berkata, APM Bentong bergegas ke tempat setelah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

“15 premis perniagaan dan lima buah rumah penduduk terbabit. Kita sudah menyediakan bantuan untuk melakukan kerja pembersihan.

“Berikutan kejadian kepala air, Jalan lama Bentong – Kuala Lumpur terputus hubungan dan ditutup kepada semua kenderaan di FT68 Seksyen 43.4, selepas laluan naik ke Janda Baik,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurut Azizah, air berlumpur mengalir deras menuruni bukit ke kawasan perkampungan Bukit Tinggi bermula pukul 6 petang sehingga kini menyebabkan banyak kenderaan yang melalui kawasan itu terkandas.

Ujarnya, agensi lain yang terlibat dalam operasi pemantauan keselamatan dan kebajikan penduduk iaitu anggota polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.