Kekalkan gandingan Hasni, Ahmad - Utusan Malaysia

Kekalkan gandingan Hasni, Ahmad

MOHD. DON ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Di sebalik kha­bar angin bahawa Datuk Seri Ahmad Maslan bakal menentang Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian, ahli parti berkenaan mahu supaya gandingan dua pemimpin tersebut dikekalkan.

Ahli Jawatan­kuasa UMNO Bahagian Pontian, Mohd. Don Abdullah, 63, menyifatkan gandingan Hasni dan Ahmad yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian sebagai mantap dan ti­dak perlu ada pertan­dingan bagi kedua-dua ja­watan tersebut pada pemilihan parti kali ini.

“Gabungan mereka ber­­dua cukup mantap­ dan tiada sebarang masalah yang timbul dan perlu dikekalkan bagi sama-sama memimpin UMNO Bahagian Pontian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Don, kepemimpinan Hasni ya­ng juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Pontian akan memberi keuntungan kepada para pengundi di Pontian pada masa depan.

Justeru, pertandingan antara mereka hendaklah dielakkan kerana ia boleh mengugat keharmonian UM­NO Bahagian Pontian pada ketika ini.

Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan Ah­mad yang juga Setiausaha Agung UMNO dikatakan bakal merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian yang disandang Hasni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×