Kehadiran Safuwan kuatkan jentera tengah Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kehadiran Safuwan kuatkan jentera tengah Negeri Sembilan

MUHAMMAD Safuwan Baharudin ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Sendayan, Seremban, petang tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kehadiran pemain import kelahiran Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin, 32, bersama pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) musim ini mampu memperkuatkan lagi jentera tengah skuad Hobin Jang Hobin itu menjelang aksi pertama Liga Super menentang Sri Pahang FC, Ahad ini.

Ketua Jurulatih NSFC, K. Devan berkata, kualiti yang ada pada Muhammad Safuwan tidak perlu dipersoal malah dilihat amat sesuai bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara untuk skuad Jang musim ini.

Bagaimanapun, jelasnya, bekas pemain Selangor FC itu dilihat memerlukan sedikit masa untuk memahami taktikal pasukan serta membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan yang lain.

“Kami tahu kualiti yang ada padanya, sudah tentu dia boleh beri kesan positif kepada pasukan terutama di bahagian tengah, tetapi dia perlu masa untuk memahami taktikal pasukan dan juga memahami bermain dengan rakan-rakan lain

“Dia boleh beraksi di banyak posisi termasuk sebagai pemain pertahanan tengah, boleh juga bermain sebagai pemain tengah menyerang, jadi kualitinya sebagai pemain import untuk kuota ASEAN, memang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi latihan skuad Negeri Sembilan di Sendayan di sini hari ini.

K. Devan ketika ditemui pemberita sebelum latihan pasukan Negeri Sembilan di Sendayan, Seremban, petang tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Mengenai tahap kecergasan Muhammad Safuwan yang dibelenggu kecederaan panjang sebelum ini, Devan memberitahu, prestasi yang ditunjukkan pemain itu semasa latihan dan perlawanan persahabatan juga begitu baik.

“Kami sudah melihat laporan perubatan (Muhammad Safuwan) dari pasukan Selangor, doktor perubatan kami juga telah mencadangkan untuk beliau dipanggil bagi latihan dan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan.

“Prestasi semasa latihan dan perlawanan persahabatan begitu baik jadi dengan kepastian itu kami tetapkan dia sebagai pemain import,” katanya.

Tahun lalu, pasukan Selangor terpaksa melupakan khidmat Muhammad Safuwan di pertengahan musim Selangor selepas pemain itu mengalami kecederaan di bahagian otak (mild traumatic brain injury).

Safuwan diberi rehat yang panjang selepas kata sepakat Jabatan Perubatan Kelab Selangor serta khidmat nasihat beberapa pakar bedah saraf bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada proses pemulihan dan rehabilitasi kecederaan yang dialaminya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.