Kakitangan sekolah direman tiga hari kemuka tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Kakitangan sekolah direman tiga hari kemuka tuntutan palsu

Azmi Alias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan sekolah di sebuah daerah di negeri ini direman tiga hari bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu lebih RM100,000, dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, R. Salini setelah permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru kira-kira 5 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2021, suspek telah menyediakan dokumen palsu atas nama sebuah syarikat bagi menuntut bayaran berkaitan kerja pembekalan cetakan modul bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan pelajar.

Walau bagaimanapun, kerja pembekalan itu tidak dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam dokumen berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya