Kakitangan hospital terima rasuah RM20,000 tukar keputusan air kencing - Utusan Malaysia

Kakitangan hospital terima rasuah RM20,000 tukar keputusan air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan hospital kerajaan di negeri ini direman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000 untuk menukar keputusan sampel air kencing.

Perintah reman terhadap suspek yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret, Nurzihan Rehman.

Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun itu menerima wang suapan untuk menukar keputusan sampel ujian air kencing yang diambil daripada individu yang menjalani ujian saringan untuk pengesanan kandungan dadah.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor.

Terdahulu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias memberitahu, suspek ditahan di ibu pejabat SPRM Johor pada pukul 8.30 pagi, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN