Jumlah mangsa banjir di Johor kian berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor kian berkurangan

DUA penduduk bermain air banjir yang melanda Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan menjadi 1,106 mangsa daripada 305 keluarga setakat pukul 2 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 1,381 mangsa daripada 379 keluarga yang direkodkan semalam. 

Daerah Mersing antara terjejas akibat banjir sebelum ini pulih sepenuhnya setelah 147 penduduk daripada 38 keluarga pulang ke kediaman masing-masing.

Setakat ini hanya tinggal daerah Segamat, Kota Tinggi dan Batu Pahat dengan sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

“Sejak tengah malam tadi, seramai 275 mangsa banjir daripada 74 keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing. Tiga PPS di Mersing yang menempatkan penduduk Kampung Sungai Padang, Kampung Orang Asli Labong dan Kampung Labong turut ditutup sebentar tadi. 

“Turut ditutup, dua PPS di Kota Tinggi yang menempatkan penduduk Kampung Gembut Luar, Kampung Gembut Dalam, Kampung Sayang, Kampung Bukit Raja dan Kampung Jomis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat pukul 2 petang ini, jumlah mangsa banjir di Segamat tidak berubah dengan seramai 90 mangsa daripada 27 keluarga di tiga PPS.

Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi berkurangan daripada 223 penduduk daripada 59 keluarga kepada 97 orang melibatkan 23 keluarga di dua PPS, manakala mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 919 penduduk membabitkan 255 keluarga.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, Sungai Bekok di Batu Pahat berada di aras bahaya, manakala Sungai Muar di Buloh Kasap berada pada tahap amaran.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan air naik setinggi 0.85 meter (m) dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.