Jalaluddin umum pertahan jawatan MT UMNO - Utusan Malaysia

Jalaluddin umum pertahan jawatan MT UMNO

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau memaklumkan telah menyerahkan borang pemilihan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di ibu negara hari ini.

“Saya ingin menawarkan diri sebagai ahli MKT UMNO bagi sesi 2023-2026. Marilah sama-sama kita menyusun semula kekuatan dan kesepaduan parti untuk sebuah perjuangan yang cukup bermakna dan bernilai ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalaluddin yang memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan sebelum ini berharap dapat diberi peluang sekali lagi bagi meneruskan sumbangan sebagai ahli MKT UMNO.

“Saya amat berharap agar mendapat keizinan serta mandat sekali lagi untuk saya meneruskan sumbangan selaku ahli MKT UMNO. Insya-Allah setiap keizinan yang diberikan oleh ahli parti akan saya terjemahkan dalam bentuk khidmat dan setia pada parti,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.