Ismail Sabri tak tanding Naib Presiden, pertahan Ketua UMNO Bera

[Pembetulan] Ismail Sabri tak tanding Naib Presiden, pertahan Ketua UMNO Bera

Pinjaman
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak mempertahan jawatan Naib Presiden UMNO akan kekal menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera pada pemilihan kali ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, Ismail Sabri menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera dan akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bera.

Sebelum membubarkan Parlimen tahun lalu, Ismail Sabri menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah politik tanah air iaitu 14 bulan.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8 yang berkuasa selama 17 bulan.

Sepanjang pentadbiran Ismail Sabri yang bertemakan Keluarga Malaysia, Ahli Parlimen Bera itu telah membawa beberapa transformasi kepada bumiputera selain berjaya meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Malah di bawah pentadbiran Ismail Sabri juga, Malaysia berjaya beralih daripada fasa pandemik Covid-19 kepada peralihan endemik sekali gus menyaksikan pembukaan pintu sempadan dan kelonggaran pelbagai sekatan pergerakan.

Sehubungan itu Media Mulia Sdn. Bhd. dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ekoran laporan bahawa beliau kemungkinan akan bersara daripada politik ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya