HUSM perlukan darah jenis A dan O - Utusan Malaysia

HUSM perlukan darah jenis A dan O

MOHD. Zaki Ismail (kanan) turut menderma darah dalam program derma darah di Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian memerlukan bekalan darah jenis A dan O bagi memenuhi keperluan terutama ketika berdepan kecemasan.

Pegawai Perubatan Unit Transfusi HUSM Kubang Kerian Dr. Mohd. Amran Ab. Wahab berkata, pihaknya akan melipat gandakan lagi usaha bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

“Walaupun bekalan (darah) masih mencukupi dan tidak kritikal, namun kita tetap turun padang mengajak orang ramai menderma darah.

“Alhamdulillah, dalam setahun kita mampu mengumpul antara 12,000 hingga 13,000 beg darah untuk semua jenis,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada program derma di sebuah hotel di sini hari ini.

Dr. Mohd. Amran memberitahu, hari ini pihaknya menyasarkan untuk mengumpul 50 beg darah.

Sementara itu, seorang pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Mohd. Zaki Ismail, 44, nekad menderma darah untuk kali ke-16, selepas dicabar isterinya memandangkan sebelum ini dia ‘gerun’ kepada jarum. 

Mohd. Zaki berkata, isterinya, Siti Farah Shahira Ab Aziz, 36, sebelum ini sering mencabar dirinya untuk menderma darah. 

“Pada 2019, saya menderma darah untuk pertama kali bersama isteri di sebuah program derma darah. Sejak dari itu saya menyedari bahawa derma darah merupakan satu tanggungjawab bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan bekalan darah di hospital. 

“Kini saya tidak lagi takut untuk menderma darah dan merasakan satu tanggungjawab untuk membantu pesakit yang memerlukan. Hari ini saya hadir untuk menderma darah kali ke-16, bersama pegawai dan anggota balai dan lebih bersemangat tanpa rasa takut terhadap jarum,” ujarnya-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya