Hanya dua akaun masih dibeku

Hanya dua akaun masih dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 20 individu termasuk pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung pembekuan akaun parti itu.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, semua mereka dipanggil bagi memperincikan aliran kewa­ngan membabitkan dana RM300 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang disyaki di­terima oleh parti itu.

“Setakat ini antara 15 hingga 20 individu telah SPRM ambil keterangan,” katanya ringkas di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, hanya dua akaun parti berkenaan masih dibekukan sehingga kini bagi siasatan lanjut.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, penelitian jejak wang membabitkan baki RM260 juta yang disyaki dibe­lanjakan Bersatu untuk kempen politiknya, mungkin membawa kepada satu lagi akaun parti politik akan dibekukan.

Satu sumber terdekat parti itu mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tindakan pembekuan oleh SPRM itu bagaimanapun bergantung kepada aliran wang berkenaan digunakan.

Kata sumber itu, kesemua wang bernilai lebih RM300 juta disyaki diterima parti itu daripada lebih 11 kontraktor yang diberikan projek secara run­ding terus ketika tempoh pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, SPRM juga dipercayai telah memanggil bendahari sebuah parti politik Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia menegaskan, agensi itu akan memanggil sesiapa sahaja yang ada kaitan dan boleh membantu siasatan tetapi mem­beri komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Utusan Malaysia pada 3 Februari lalu melaporkan, baki RM260 juta daripada lebih RM300 juta dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang disyaki diterima Bersatu telah dibelanjakan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum ini.

Lapor akhbar ini, siasatan SPRM dipercayai difokuskan dalam pelbagai sudut untuk mengesan jejak kewangan bagi tujuan mengetahui punca dan aliran wang yang dibelanjakan termasuk kemungkinan diberikan kepada pemimpin parti-parti komponen PN.

Dua akaun bernilai RM40 juta milik Bersatu mungkin akan dibekukan dalam tempoh tiga bulan sehingga setahun bergantung kepada hasil siasatan SPRM.

Akaun itu telah dibekukan sejak dua hingga tiga minggu lalu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiaya­an Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN