GRS kunci mulut dakwaan ‘beli’ wakil rakyat

GRS kunci mulut dakwaan ‘beli’ wakil rakyat

MOHD. AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin Gabungan Rak­yat Sabah (GRS) masih mengambil sikap me­ngunci mulut berhubung dakwaan Parti Warisan (Warisan) ada pihak yang ‘membeli’ wakil rak­yat supaya menyokong kepe­mimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Tawau daripada GRS, Lo Su Fui enggan mengulas dakwaan tersebut meskipun keada­an itu dikhuatiri akan mencemari imej dan re­putasi GRS yang mentadbir kerajaan negeri Sabah.

Su Fui merupakan Penolong Bendahari Agung Pari Bersatu Sabah (PBS) yang juga parti komponen dalam GRS.

“Saya tidak berminat untuk berpolitik. Saya hanya ingin melaksanakan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Tawau,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengu­las kenyataan Ketua Pene­rangan Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman bahawa beliau tahu apa yang dilakukan salah seorang pemimpin sehingga membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan keluar parti dan menyokong Hajiji.

Tidak menyebut nama pemimpin terlibat, kata Mohd. Azis, pemimpin yang ‘meminta bukti’ dakwaan Warisan itu juga merupakan salah seorang yang sering berjumpa dan memujuk wakil rak­yat Warisan malah menawarkan imbuhan supaya beralih sokongan.

“Dia cakap mana bukti? Kami tahu apa yang kamu lakukan sebelum ini. Mahu bukti konon. Inilah contoh orang munafik. Yang bercakap itulah salah satu yang sering kali jumpa sendiri dan pujuk salah seorang YB (Yang Berhormat) Warisan dan buat tawaran,” kata Mohd. Azis dalam Facebooknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN