Empat warga asing didakwa miliki kad pengenalan palsu, milik orang lain - Utusan Malaysia

Empat warga asing didakwa miliki kad pengenalan palsu, milik orang lain

EMPAT warga asing didakwa miliki kad pengenalan palsu dan milik individu di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JPN PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan milik individu lain.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang, kesemua individu berkenaan didakwa secara berasingan.

Dalam kes pertama, dua lelaki warganegara Indonesia, Tugiono Tukijan, 48, dan Jukipli Jakisim, 40, didakwa mengikut Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 di Mahkamah Majistret 1, di sini di hadapan Hakim, Nurul Farahah Mohd. Suah.

Tugiono yang didakwa menggunakan kad pengenalan palsu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan manakala tertuduh kedua, Jukipli mengaku bersalah sekali gus dikenakan hukuman penjara satu tahun dari tarikh tangkapan, 7 Februari lalu atas kesalahan sama.

Sementara itu, dalam kes berasingan, dua lagi tertuduh masing-masing berketurunan Suluk turut didakwa di bawah peraturan yang sama di Mahkamah Majistret 2, di hadapan Hakim, Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Tertuduh, Nasir Bara, 44, mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan berdasarkan kertas pertuduhan dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan -Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan dikenakan hukuman penjara lapan bulan akibat gagal membayar denda RM4,000.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Sapina Hussin, 53, didakwa di bawah Peraturan 25(1)(o) kerana memiliki kad pengenalan bukan kepunyaannya dan dikenakan hukuman penjara lapan bulan dari tarikh sabitan.

Pendakwaan dilakukan, Pegawai Pendakwa JPN Pahang, Shahzan Amir Salaki dan Mohd. Jeffri Abdul Rashid manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

JPN menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dalam penyaluran maklumat agar setiap isu penyelewengan dapat dikesan.

Jabatan itu turut berharap agar setiap kesalahan dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan dan menjadi teladan kepada masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.