Dua kakitangan Paip dituduh buat tuntutan palsu direman empat hari - Utusan Malaysia

Dua kakitangan Paip dituduh buat tuntutan palsu direman empat hari

DUA kakitangan Paip (baju oren) dibawa keluar selepas permohonan reman selesai di Mahkamah Majistret Kuantan di, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua kakitangan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) direman empat hari sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM5,940.

Perintah reman yang dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farahah Mohd. Suah.

Seorang daripada kakitangan itu berusia 41 tahun merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Paip manakala seorang lagi suspek wanita berusia 42 ialah Penolong Operasi Gred NE4 syarikat berkenaan.

Kedua-dua mereka masing-masing ditahan SPRM ketika hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat SPRM Pahang kira-kira pukul 8 malam dan 8.30 malam tadi.

Mereka ditahan kerana disyaki berpakat memperakukan kerja-kerja bagi menyediakan makan dan minum serta peralatan berkaitan untuk peserta kursus pada 24 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022 yang berjumlah RM5,940.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya