PUTRAJAYA: Melihat kepada nilai import daging sebanyak RM4.2 bilion pada tahun 2021, timbul tanda tanya, tiada lagikah program pembangunan ruminan secara besar-besaran untuk membantu penternak menghasilkan daging tempatan seperti kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2006. Sebelum ini, setiap kali belanjawan, kerajaan memperuntukkan sekitar RM30 hingga RM50 juta setahun untuk sektor ruminan bagi memastikan negara tidak terlalu bergantung kepada import daging. Namun selepas tahun 2006 sehingga Belanjawan 2023 yang dibentang sebelum…










