Bertanding MKT UMNO, Lilah azam bawa suara luar bandar - Utusan Malaysia

Bertanding MKT UMNO, Lilah azam bawa suara luar bandar

DATUK DR. LILAH YASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keazaman untuk membawa suara luar bandar telah mendorong bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Dr. Lilah Yasin menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong sehingga 2018 berkata, pengalaman sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar sejak 1995 membolehkan beliau memahami dan mendalami situasi di kawasan berkenaan.

Katanya, kelebihan itu membolehkan beliau merangka idea dan rancangan yang boleh membantu negara terutamanya dalam usaha menggiatkan sektor pengeluaran bahan makanan daripada sektor pertanian.

“Seperti yang kita tahu, negara membelanjakan lebih RM60 bilion setahun untuk mengeksport makanan. Saya yakin jumlah ini mampu dikurangkan jika kita menggunakan sebahagian daripada peruntukan itu untuk menjana sumber makanan tempatan sekaligus mengurangkan tekanan menaikkan harga oleh peniaga makanan,” katanya hari ini.

Selain bertanding jawatan MKT UMNO beliau turut menawarkan diri bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Jempol bagi sesi 2023/2026.

Jawatan Ketua UMNO bahagian itu kini terbuka untuk diisi selepas penyandangnya, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif digantung keahlian selama enam tahun mulai 27 Januari lalu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya