Bazar Ramadan Rahmah sepanjang bulan puasa  - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan Rahmah sepanjang bulan puasa 

SALAHUDDIN Ayub melihat pakej rahmah bersama KK Chai selepas majlis pelancaran Payung Rahmah dan Cabaran ‘Beli & Menang’ 1.1 Juta KK Super Mart di KK Mart Bandar Tasik Selatan. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan sesi libat urus bagi melaksanakan Bazar Ramadan Rahmah di beberapa lokasi strategik sempena bulan Ramadan ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi dan akan turut menawarkan sewa yang rahmah.

“Kita akan cuba mendapatkan bazar Ramadan di lokasi yang strategik dan berikan ruang perniagaan kepada orang ramai supaya mereka gembira menjelang Aidilfitri.

“Kini, kami masih dalam perbincangan dengan pihak industri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ia akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Produk Rahmah di KK Super Mart Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, sudah hampir sebulan KPDN melancarkan inisiatif payung ramah itu, pemain-pemain industri berlumba-lumba bersama menjayakan inisiatif tersebut.

“KK Super Mart yang diterajui Datuk Seri Dr. KK Chai mengadakan jualan barangan rahmah ini di 680 cawangan di seluruh negara. 

“Nama-nama besar lain turut ikut serta seperti Econsave, Lotus dan Aeon Big. Di samping restoran, persatuan tomyam, kedai mamak dan kedai India.

“Industri makanan segera, Burger King dengan burger RM5 tampil ke hadapan dahulu dan turut serta McDonalds, KFC, Old Town White Coffee dan Marrybrown dengan tawaran menu ramah mereka kepada rakyat Malaysia.

“Diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai pemain industri akan bersama dengan KPDN dalam memberikan sedikit bantuan kepada rakyat untuk tangani kos sara hidup,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawat laman web menurahmah.kpdn.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya