Banjir di Pahang menurun 232 orang, sebuah PPS baru dibuka di Jerantut - Utusan Malaysia

Banjir di Pahang menurun 232 orang, sebuah PPS baru dibuka di Jerantut

SEBUAH rumah penduduk dilimpahi air Sungai Siam melibatkan keluarga berkenaan berpindah di PPS SMK Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak Tekam di Jerantut, Pahang. - FOTO APM JERANTUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bilangan mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 232 orang daripada 67 buah keluarga di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Jerantut sehingga pukul 8 malam hari ini.

Berbanding pada pukul 4 petang hari ini, seramai 339 orang daripada 103 buah keluarga ditempatkan di enam PPS di Kuantan serta pembukaan sebuah PPS menempatkan penduduk yang terjejas di Jerantut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, di Kuantan, masih terdapat 220 orang mangsa daripada 62 buah keluarga ditempatkan di empat buah PPS.

“Mangsa banjir berkurangan di Kuantan apabila 19 buah PPS ditutup sejak 6 Februari sehingga semalam secara berperingkat apabila 4,644 orang mangsa daripada 1,269 buah keluarga yang terjejas pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan banjir pulih.

“Laporan terbaru, seramai 12 mangsa daripada lima buah keluarga dipindahkan di Jerantut ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (SMKPPPTR) Tekam, berikutan faktor keselamatan disebabkan kenaikan paras air Sungai Tekam dan Sungai Siam setelah hujan lebat sejak kelmarin,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adam, pemindahan mangsa berkenaan ke PPS SMKPPPTR Tekam apabila dua buah rumah dinaiki air bahagian dapur, manakala tiga buah rumah lagi terdapat dua wanita baharu lepas bersalin dikhuatiri menyularkan urusan pemindahan sekiranya air melimpah ke kediaman mereka.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, dua batang sungai, iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan merekodkan kenaikan 10.46 meter di paras bahaya dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau – Keratong (Rompin) mencatat paras 24.10 meter juga amaran bahaya.

“Sebanyak enam batang sungai lagi di 11 buah daerah menunjukkan paras amaran dan empat paras waspada, manakala di kebanyakan tempat negeri ini berlaku hujan lebat dan ribut petir mulai petang ini hingga ke malam esok.

“Anggota APM di setiap daerah dengan kerjasama bomba dan penyelamat akan terus memantau keadaan paras air di setiap batang sungai serta bersiap siaga untuk penugasan bantuan sekiranya banjir berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya