Banjir di Johor hampir pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Johor hampir pulih

SEORANG penduduk membersihkan rumahnya yang berlumpur akibat dimasuki banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Banjir di negeri ini hampir pulih apabila hanya tinggal seramai 670 mangsa daripada 188 keluarga yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan berbanding seramai 821 mangsa yang direkodkan pagi semalam.

“Hanya dua daerah masih terjejas, iaitu Batu Pahat dan Segamat. Di Batu Pahat seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Segamat hanya 26 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan hanya sebatang jalan yang masih ditutup untuk semua kenderaan, iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai disebabkan tanah runtuh.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bekok di Batu Pahat juga masih merekodkan paras air tahap bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya