`Bajet selimut yang senteng' - Hamzah  - Utusan Malaysia

`Bajet selimut yang senteng’ – Hamzah 

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin  menyifatkan Belanjawan 2023 seperti ‘bajet selimut yang senteng’.

Beliau  berkata, ini kerana banyak kekurangan dari segi pendekatan dalam Belanjawan 2023 untuk menentukan masa depan negara.

“Saya agak bersimpati kerana dalam keadaan ekonomi negara yang agak merunsingkan  pada hari ini, begitu juga dengan ekonomi dunia, saya merasakan ini yang menyebabkan ucapan Yang Berhormat Tambun sesuatu seperti `bajet selimut yang senteng’.

“Maksudnya kalau kita tutup muka, betis terselak. Kalau tutup kaki, muka kita terdedah. Ertinya banyak perkara dalam belanjawan tersebut kurang dari segi pendekatan untuk menentukan masa depan kita,” kata Hamzah ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, Belanjawan 2023 yang dibentangkan sepatutnya sesuatu yang boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dengan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat terutamanya anak muda dan  meringankan beban rakyat yang sedang bertarung dengan lonjakan kos sara hidup.

Hamzah dalam masa sama turut berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim   benar-benar mampu menjadi ‘game changer’ dalam menentukan pasaran ekonomi baharu.

“Dalam ucapan Perdana Menteri yang pertama selepas 24 tahun, kita berharap beliau akan jadi  seorang game changer iaitu menentukan akan ada pasaran ekonomi baharu,” kata Hamzah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya