Agihan kerusi untuk PRN Kelantan selesai - Utusan Malaysia

Agihan kerusi untuk PRN Kelantan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan sudah menyelesaikan semua agihan kerusi di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pilihan Rayanya, Zulkifli Mamat berkata, perkara tersebut sudah lama diselesaikan dan mereka sudah berada dalam ‘mood’ bersedia untuk menghadapi PRN.

“Alhamdulillah, tidak timbul isu berbangkit sepanjang proses perbincangan antara parti komponen dalam PN di negeri ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas mengenai pertembungan dua penjuru antara Pas dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), Zulkifli berkata, pihaknya sudah bersiap sedia.

Katanya, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan setiap kali berlakunya pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Pas menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

Kemenangan secara ‘total’ itu meletakan Pas berada dalam zon terbaik untuk terus kekal mentadbir negeri ini pada masa akan datang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×