ADUN Lobak dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

ADUN Lobak dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengurniakan watikah pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Negeri Sembilan kepada Chew Seh Yong pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengurniakan watikah pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Negeri Sembilan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Chew Seh Yong.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.

Turut berangkat, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman serta kedua-dua anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pelantikan tersebut menyaksikan Seh Yong, 61, akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan.

Jawatan tersebut sebelum ini dikosongkan oleh ADUN Nilai, J. Arul Kumar yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. 

CHEW Seh Yong (empat dari kanan) bersama Aminuddin dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang lain selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Seh Yong dari parti DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018. Beliau sebelum itu merupakan ADUN Bahau.

Dilahirkan di Seremban, beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Naib Presiden Persekutuan Cina Malaysia pada 2007, Naib Presiden Persekutuan Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia (2005) dan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan (2007).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya