18 PATI cuba keluar dari Malaysia secara tidak sah ditahan - Utusan Malaysia

18 PATI cuba keluar dari Malaysia secara tidak sah ditahan

SEBAHAGIAN daripada 18 orang PATI warganegara Indonesia yang ditahan pihak Maritim Malaysia di Tanjung Sepat, Selangor malam semalam kerana cuba keluar dari negara ini secara tidak sah.-GAMBAR/MARITIM MALAYSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas cuba keluar dari negara ini secara haram.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua mereka terdiri daripada 10 orang lelaki, enam perempuan serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan telah ditahan di perairan Tanjung Sepat, Selangor sekitar pukul 11 malam semalam.

“Hasil maklumat risikan telah membawa kepada pengesanan sekumpulan orang berada dalam keadaan curiga di paya bakau di Pantai Kanchong Laut, Tanjung Sepat, Selangor. Aset Maritim Malaysia yang membuat rondaan Op Murni/Op Khas Vector telah diatur gerak ke lokasi bagi memeriksa kawasan tersebut sekitar pukul 10 malam. 

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati tiada sebarang pergerakan bot berada di sekitar kawasan tersebut namun pemantauan lanjut membuahkan hasil apabila berjaya menjejaki beberapa orang disyaki PATI berada di kawasan berpasir iaitu lebih kurang 0.4 Batu Nautika Barat Daya Pantai Kanchong Laut, Tanjung Sepat.

“Anggota Penguat Kuasa Maritim bertindak memerangkap kumpulan individu tersebut dan mengejar suspek yang cuba melarikan diri bagi mengelakkan dari ditahan namun percubaan mereka gagal dan akhirnya seramai 18 orang berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ketika diperiksa, kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia berumur lingkungan empat hingga 47 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua seterusnya ditahan dan dibawa ke ibu pejabat Maritim Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana cuba keluar Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya