YTSP mahu kembalikan program Titian Kasih

YTSP mahu kembalikan program Titian Kasih

TUANKUI Syed Faizuddin Putra  Jamalullail menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan barangan keperluan Covid-19 daripada MyUS Venture Partners Sdn. Bhd. melalui YTSP Perlis kepada Kementerian Kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berhasrat mengadakan kembali program motivasi Titian Kasih di sekolah-sekolah menengah seluruh Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun ini.

Program berkenaan yang dimulakan sejak lebih sedekad  lalu secara fizikal ditangguhkan sejak penularan Covid-19 dan dilaksanakan kembali secara digital pada tahun lalu. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program Titian Kasih bukan sekadar memberi ilmu, tetapi pengalaman kepada para pelajar di Perlis dalam menimba ilmu kehidupan. 

Sehubungan itu, baginda bertitah, bagi membentuk modal insan kelas pertama, para pelajar perlu menguasai pengetahuan am yang merangkumi ilmu tentang negeri sendiri, isu-isu semasa, budaya dan kearifan tempatan, mengetahui bahasa asing dan menerapkan sikap suka membaca. 

“Perkara itu perlu diberikan penekanan dan dididik kepada segenap masyarakat yang mana ilmu-ilmu pengetahuan  dikongsikan oleh para panel yang berpengalaman itu, perlulah disemai dalam pemikiran dengan para pelajar boleh turut berkongsi dengan ahli keluarga masing-masing di rumah kelak,” titah baginda. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan berupa keperluan barangan Covid-19 daripada MyUS Venture Partners Sdn Bhd. melalui Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis untuk kegunaan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, di ibu negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUS Venture Partners Sdn Bhd., Datuk Nellsen Young menyerahkan set peralatan perlindungan diri (PPE) simbolik tersebut kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Antara peralatan kendiri yang disumbangkan adalah pelitup muka, set PPE dan cecair pembasmi kuman MyUS yang berjumlah 200 unit untuk setiap satu.

Untuk rekod, Program Titian Kasih itu merangkumi pelbagai aspek contoh seperti bersukan dalam kehidupan, pengurusan bencana alam, bahaya najis dadah, pencegahan jenayah, menjaga kesihatan, merapikan sahsiah yang cemerlang, menguruskan sisa pepejal dan menetapkan masa depan dalam membuat hala tuju selepas tamat persekolahan nanti. 

Kesemua topik itu diberi perhatian sepenuhnya dalam melatih dan menyemai diri seseorang pelajar agar menjadi rakyat bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya