Yayasan Matrix Concepts beri sumbangan sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

Yayasan Matrix Concepts beri sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

NORDIN Mohd. Yatib (kiri) menyerahkan sumbangan pihak Yayasan Matrix Concepts sempena Tahun Baharu Cina kepada pihak Rumah Sejahtera Sikamat yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi Rumah Sejahtera Sikamat, Chia Yit Chin (dua dari kanan) pada majlis yang diadakan di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan dirayakan, Yayasan Matrix Concepts tampil memberikan sumbangan kepada pusat jagaan warga emas, Rumah Sejahtera Sikamat di sini.

Pengerusi Yayasan Matrix Concepts, Datuk Nordin Mohd. Yatib berkata, sumbangan sebanyak RM3,000 itu adalah sumbangan kali ketiga pihaknya kepada rumah kebajikan berkenaan. 

“Yayasan Matrix Concepts meraikan seramai 12 orang warga emas berusia 67 tahun ke atas di Rumah Sejahtera Sikamat sempena Tahun Baharu Cina.

“Ini merupakan kali ketiga pihak kami bersama penghuni meraikan Tahun Baharu Cina. Kali terakhir adalah sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan pada tahun 2020,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Sejahtera Sikamat, Sikamat di sini hari ini. 

Sementara itu Nordin berkata, pihak Yayasan Matrix Concepts mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyediakan pelan pembangunan holistik masa depan di daerah ini yang mengambil kira faktor perubahan iklim.

“Impak perubahan iklim agak ketara, banjir kilat sering berlaku dan kami mempunyai pelan permulaan bersama PBT bagi mewujudkan satu ekosistem tadbir urus bersepadu.

“Bagaimanapun, ia masih dalam peringkat perbincangan bersama pihak berkaitan dan dijangka akan diadakan pada bulan Jun depan. Ia merupakan hasil kerjasama pihak kami dan PBT bagi menyelesaikan isu banjir kilat dan memperbaiki ekosistem,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.