Ubur-ubur api biru muncul di pesisir Pantai Irama Bachok

Ubur-ubur api biru muncul di pesisir Pantai Irama Bachok

MOHD. Khairi Mat Hussin (kanan) bersama anggotanya menujukkan  gambar ubur-ubur jenis  Physalia physalis yang ditemukan di sekitar Pantai Irama, Bachok, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Ubur-ubur api yang berwarna biru atau spesies Physalia Physalis dikesan muncul di kawasan pesisir Pantai Irama di sini sejak beberapa hari lalu susulan fenomena air pasang besar.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd. Khairi Mat Hussin berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya menjumpai ubur-ubur spesies berkenaan.

Menurutnya, kebiasaan APM hanya menemui ubur-ubur berwarna merah jambu dan putih.

“Anggota APM telah menjalankan tugasan mengesan bangkai ubur-ubur yang mungkin terdampar di sepanjang pusat peranginan itu di kawasan tersebut.

“Setakat ini, tiada pengunjung yang dilaporkan terkena racun ubur-ubur itu, namun usaha meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan haiwan tersebut telah dijalankan secara berterusan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, anggota APM melaksanakan pemantauan pada waktu tengah malam terutamanya semasa ombak menghempas kawasan pantai untuk memastikan tiada pengunjung sepanjang fenomena air pasang besar.

Katanya, APM masih menaikkan bendera merah menunjukkan petanda bahaya untuk sebarang kegiatan pantai sejak akhir bulan Oktober tahun lalu hingga hari ini sebagai peringatan kepada pengunjung.

“Keadaan ombak besar dan laut bergelora tidak sesuai untuk sebarang aktiviti laut termasuk mandi pantai dan memancing di atas batu penghadang ombak,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya