Struktur haram tular dirobohkan - Utusan Malaysia

Struktur haram tular dirobohkan

PENGUAT KUASA MBPG merobohkan struktur haram yang menghalang laluan pejalan kaki di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) merobohkan penghadang laluan pejalan kaki yang dibina seorang pemilik premis di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang yang tular dalam media sosial, semalam.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, tindakan tegas itu diambil selepas pemilik premis enggan mematuhi notis yang diberi pihaknya sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, pemilik premis berkenaan telah diberikan dua notis, yang pertama dua minggu lalu, namun masih ingkar, sebaliknya terus mengekalkan struktur binaan berkenaan.

“Pemilik premis itu telah diberikan dua notis sebelum ini mengarahkan untuk merobohkan binaan tersebut, namun diabaikan dan setelah cukup tempoh 14 hari, kita ambil tindakan tegas.

“Penguat kuasa MBPG telah bertindak merobohkan struktur binaan berkenaan pagi tadi dan pemilik premis akan dipanggil untuk diberikan penerangan agar dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

“Dalam kes ini, kebetulan ia menjadi tular semalam, kita dah beri dua notis, tetapi diabaikan, jadi kita terus ambil tindakan,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara empat PBT Greater JB dan Persatuan Profesional Johor (Decco+) yang diadakan di Ibu Pejabat MBJB, di sini hari ini.

Semalam, struktur binaan yang menghalang laluan pejalan kaki berkenaan tular dalam media sosial sehingga mendapat kecaman rakyat.

Asman Shah mengakui terdapat segelintir pemilik premis yang melanggar undang-undang PBT sedia ada, namun enggan terus mengenakan tindakan tegas termasuk saman.

“Sebagai contoh lokasi berkenaan memang laluan umum, kita tidak pernah galakkan pemilik premis buat seperti itu kerana memang tidak munasabah.

“Oleh itu, kita juga perlukan maklum balas positif daripada pihak umum, namun biarlah  adil dan jujur kerana terdapat beberapa permasalahan yang diutarakan bukan bidang kuasa MBPG. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya