Skor rasuah Malaysia jatuh tiga tahun berturut-turut - Utusan Malaysia

Skor rasuah Malaysia jatuh tiga tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) merosot satu mata iaitu 47 bagi 2022 berbanding laporan tahun lalu dan berada di bawah paras 50 mata buat dua tahun berturut-turut.

Dalam laporan terbaharu Transparency International, menunjukkan skor Malaysia adalah pada 47, berbanding 48 pada tahun sebelumnya dan 51 pada 2020 dan 53 (2019).

Ini bermakna negara telah menurun tujuh mata dalam CPI tahunan Transparency International sejak empat tahun lalu.

Menurut laporan itu, skala skor 0 adalah negara paling korup manakala 100 pula adalah yang paling bersih.

“Bagaimanapun, ranking negara kekal di tangga ke-62 manakala Singapura berada di tempat kelima dengan skor 83.

“Skor tertinggi adalah Denmark iaitu 90 diikuti Finland dan New Zealand (87). Norway (84), Singapura dan Sweden (87),” lapor kenyataan itu.

Tambah laporan berkenaan, negara-negara di Asia terus kekal untuk tahun keempat berturut-turut dengan skor purata 45 mata. 

Bagaimanapun, jelas laporan, sesetengah negara telah mencapai kemajuan membasmi rasuah kecil namun kes-kes rasuah besar masih berlaku.

“Bagi negara-negara Asia, tumpuan mereka lebih kepada pemulihan ekonomi berbanding keutamaan lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya