Selangor FC intai pemain Latin - Utusan Malaysia

Selangor FC intai pemain Latin

Selangor FC
ALADDIN MOSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor FC kini sedang mengintai beberapa pemain Amerika Selatan bagi memenuhi kuota import pasukannya sebagai persediaan memasuki musim Liga Super 2023.

Ketua Pegawai Operasinya, Aladdin Mostafa berkata, pemain daripada benua tersebut sedang dikenal pasti pasukan pencari bakat, namun belum boleh mendedahkan identiti mereka yang sedang dilihat ketika ini.

“Insya-Allah, akan ada penambahan pemain import bagi mencukupkan kuota atau lapan pemain sahaja.

“Namun saya tidak dapat mendedahkan siapa yang kami sedang lihat ketika ini. Tunggu pengumuman rasmi daripada pengurusan pasukan,” katanya selepas majlis pengenalan pasukan Yodoo Red Giants di pusat latihan Selangor FC, semalam.

Sebelum ini, pasukan Red Giants berjaya mengikat Noor Al-Rawabdeh dari Jordan sebagai pemain import terbaru yang akan memperkuatkan jentera tengah pasukan pada awal bulan ini.

Sementara itu, Aladdin memaklumkan bahawa pihak pengurusan sedang merancang siri beberapa perlawanan persahabatan di Thailand sebagai persiapan menghadapi Liga Super.

“Kami mungkin akan adakan perlawanan dengan satu atau dua pasukan daripada liga utama negara itu. Nanti kami akan maklumkan semula perkara ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya