Saya rasa seperti dibuli - Hasni - Utusan Malaysia

Saya rasa seperti dibuli – Hasni

HASNI MOHAMMAD (dua dari kiri) bergambar dengan pasangan pengantin baharu, Muhammad Asyraf Loqman dan Nizatul Nisya Nizam di Rumah Citra Sri Pinang, di Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: “Saya rasa seperti dibuli setelah melakukan yang terbaik dengan  memenangi Pilihan Raya Negeri( PRN ) Johor dengan majoriti yang besar.”

Demikian luahan Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad mengenai tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menggantikannya dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam mengakui sedaya  upaya  memberikan yang terbaik sejak memimpin UMNO Johor pada 2018 dan mengetuai PRN Johor pada tahun lalu dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 40  daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

 “Saya hanya  ingin mengatakan bahawa kita sebagai Badan Perhubungan boleh mengetengahkan tokoh-tokoh. Jadi, kalau Datuk (Seri)  Khaled menerajui UMN0 Johor boleh menguatkan kedudukan dalam di peringkat Pusat, kita sokong.

“Tetapi kalau kedudukan itu, hanya semata-mata pendekatan untuk mempertahankan orang tertentu, saya percaya beliau akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian,” katanya diminta mengulas kedudukannya.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut ditemui selepas menghadiri majlis jemputan kahwin di Citra Sri Pinang, di Benut, di sini.

Mengulas lebih lanjut, Hasni mengakui menghadiri pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, tetapi tidak diberikan peluang untuk menjelaskan sesuatu.

“Saya ada juga mendengar desas-desus perkara itu sebelum  MKT,  tetapi saya tidak berada sepenuhnya di dalam bilik mesyuarat yang sebenarnya telah pun membuat keputusan tersebut.

“Sebagai Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Johor, saya telah melakukan yang terbaik pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) dengan memastikan kehadiran semua perwakilan daripada 26 Bahagian UMNO serta menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Mesyuarat MKT UMNO juga memecat bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,  Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Badan  Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar serta menggantung keahlian beberapa pemimpin lain termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussien. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya