Remaja 14 tahun maut dihempap pokok di Kampung Balok Baru - Utusan Malaysia

Remaja 14 tahun maut dihempap pokok di Kampung Balok Baru

ANGGOTA bomba dari Balai Bomba Gebeng bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan susulan ribut dan angin kencang hingga menyebabkan sebatang pokok besar tumbang dan menghempap seorang remaja perempuan di Kampung Baru Balok di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat dihempap pokok besar dalam kejadian angin kencang di Kampung Balok Baru di sini, petang semalam.

Mangsa, Aliya Zahra Mohammad Hasnizam, 14, berasal dari Felda Cerul Satu, Kemaman, Terengganu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 6.35 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang remaja perempuan dihempap pokok dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang terima satu kes dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng memaklumkan terdapat kes pokok tumbang dan menghempap remaja perempuan, empat buah kenderaan awam serta kabel elektrik.

“Pasukan bomba memberikan bantuan awal kepada mangsa dan kemudiannya dihantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Katanya, mangsa meninggal dunia dan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.