Perdana Menteri serah kepada pemimpin Sabah buat keputusan - Utusan Malaysia

Perdana Menteri serah kepada pemimpin Sabah buat keputusan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pimpinan Sabah untuk membuat keputusan mengenai kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

Katanya, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang mencari formula yang baik untuk Sabah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Keadaan bertambah baik, saya dengan Datuk Zahid sedang mencari formula yang baik untuk Sabah.

“Keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri. Kita hanya mampu beri nasihat,” katanya selepas pertemuan bersama tiga ketua parti Sabah malam ini.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Anwar difahamkan mengadakan pertemuan dengan tiga pemimpin parti iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony.

Beliau kemudiannya beredar bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Pertemuan bersama Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dijangka mencapai keputusan yang bersifat menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Anwar tiba di Sabah pada pukul 9.45 malam selepas mengadakan lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia.

Turut kelihatan bersama Anwar ialah Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Kemelut politik Sabah bermula apabila BN menarik sokongan daripada Hajiji pada Jumaat lalu dan berlarutan sehingga hari ini.

Semalam, Hajiji mengesahkan memperoleh sokongan daripada 44 daripada 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk ADUN Dilantik.-UTUSAN ni

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.