Pengurus, eksekutif kanan kewangan Kosma ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Pengurus, eksekutif kanan kewangan Kosma ditahan SPRM

PENGURUS Kewangan dan pegawai eksekutif kanan kewangan Kosma (berbaju oren) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dua individu dipercayai menyalahgunakan kuasa dalam meluluskan pembelian saham Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) sebanyak RM229,000 ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kegiatan tersebut sejak 2017.

Sumber memaklumkan, suspek pertama wanita berusia 40 tahun merupakan pengurus kewangan koperasi terbabit.

“Suspek kedua, lelaki merupakan pegawai eksekutif kanan kewangan Kosma, berusia 49 tahun. Suspek tahan semalam ketika hadir beri keterangan,” kata sumber itu di sini hari ini.

Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini dengan mengenakan baju lokap SPRM berwarna oren.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Majistret Fatinah Abu Bakar, memutuskan kedua-dua suspek direman enam hari sehingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya