Pemilihan UMNO mulai 1 Februari - Ahmad - Utusan Malaysia

Pemilihan UMNO mulai 1 Februari – Ahmad

AHMAD MASLAN menandatangani plak semasa merasmikan Tangki Air Baharu Benut 4 di Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO akan mengadakan pemilihan parti bermula pada 1 Februari  hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan perlembagaan yang  diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS )

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan tersebut akan melibatkan sebanyak  22,000 cawangan serta 191 bahagian UMNO di seluruh negara termasuk bahagian yang digantung.

Stakat ini dua bahagian yang digantung, iaitu UMNO Bahagian Arau di Perlis pada awal tahun ini dan UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan pada 2020.

Bagi memastikan pemilihan tidak terganggu di kedua-dua bahagian tersebut, UMNO telah melantik pentadbir bahagian yang akan mengendalikannya.

“Pemilihan kedua-dua bahagian tersebut akan diuruskan oleh pentadbir bahagian, iaitu Datuk Rozabil Abdul Rahman bagi UMNO Bahagian Arau dan Mohd. Almidi Jaafar bagi UMNO Bahagian Tanah Merah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Tangki Air Baharu Benut 4 di Jalan Wawasan, Benut, dekat sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti itu ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), manakala UMNO Bahagian Tanah Merah digantung, berkuat kuasa pada 16 Jun 2020.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pemilihan UMNO itu akan diadakan dalam Mesyuarat  UMNO Cawangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang perlu diselesaikan  pada  26 Februari ini.

Katanya, mengikut pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh RoS,  UMNO mesti mengadakan permilihan partinya  dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Selepas berakhirnya mesyuarat di peringkat cawangan, akan diikuti pemilihan di peringkat bahagian melibatkan keempat sayap bermula pada 11 Mac depan.

“Turut diadakan pada tarikh tersebut adalah Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara.

“Walaupun tempoh enam bulan akan berakhir pada 19 Mei bagi pemilihan parti UMNO, tetapi memandangkan kita akan menghadapi bulan puasa dan  Hari Raya, namun kita akan menyelesaikan semua pemilihan pada 18 Mac,” jelasnya.

Justeru, UMNO telah melantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) dan Datuk Mustafa Yaakub sebagai  Setiausaha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya