PAAB peruntuk RM1 bilion baiki, tambah baik bekalan air - Utusan Malaysia

PAAB peruntuk RM1 bilion baiki, tambah baik bekalan air

ABDUL HADI ALI (dua dari kanan) melawat pameran oleh pelajar SMK Taman Scientex, Pasir Gudang sempena Majlis Pelancaran Pertandingan e-Komik PAAB Peringkat Kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) memperuntukkan RM1 bilion setiap tahun bagi menaik taraf dan memperbaiki sistem bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali berkata, peruntukan itu diagih-agihkan kepada operator negeri mengikut pelan perniagaan tahunan masing-masing.

Walau bagaimanapun, Terengganu tidak termasuk dalam pengelolaan PAAB.

“Secara purata, jumlah peruntukan tahunan yang dikeluarkan PAAB untuk kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air tidak kurang RM1 bilion, sama juga untuk tahun ini.

“Setiap tahun untuk penggantian paip sahaja kira-kira RM600 juta dibelanjakan. Di Johor sahaja lebih kurang RM400 juta dibelanjakan untuk penggantian paip, manakala Kelantan kira-kira RM200 juta.

“Selain penggantian paip, ada juga sesetengah negeri yang lebih memberikan tumpuan terhadap pembinaan loji-loji air baharu, tangki baharu serta inisiatif pengurangan air tidak terhasil,” katanya selepas merasmikan Pertandingan e-Komik PAAB Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini.

Abdul Hadi memberitahu, antara negeri yang memberi fokus terhadap kerja-kerja penggantian paip tahun ini ialah Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor.

PAAB yang ditubuhkan pada 2006 merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan bertanggungjawab membangunkan aset air di Semenanjung Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya