Mayat pemuda hilang ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat pemuda hilang ditemukan

PASUKAN penyelamat membawa naik mayat pemuda yang ditemukan lemas ketika mandi di sungai di Kampung Parit Haji Anuar, Ayer Hitam, Bakri, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pemuda yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda bersama-sama dua rakannya di sungai Kampung Parit Haji Anuar, Ayer Hitam Batu 18, Bakri, di sini kelmarin ditemukan lemas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat Muhammad Nur Hakim Zulkarnain, 19, ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 10.30 pagi di tebing sungai pada jarak kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada pukul 12 tengah hari dan mayat dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata, operasi SAR selama tiga hari turut melibatkan bantuan daripada unit pengesan anjing K9.

Rabu lalu, media melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi-manda di sungai bersama-sama dua rakannya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, man gsa dikatakan hilang dibawa arus selepas terjun dari jambatan di sungai berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya