Majikan, pekerja jangan terlibat sindiket - Utusan Malaysia

Majikan, pekerja jangan terlibat sindiket

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL.(dua dari kanan) mendengar penerangan tentang banjir di Kahang, Kluang oleh Ketua Polis Johor, Datuk Kamarulzaman Mamat (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG:  Majikan dan pekerja diingatkan supaya tidak terlibat dalam sindiket pemalsuan pas kerja kerana selicik mana pun mereka pasti akan dapat dikesan. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana apabila dapat dikesan, mereka akan dikenakan tindakan undang- undang yang tegas.

“Ketika ini kerajaan sudah melonggarkan banyak prosedur untuk mendapatkan pas itu dan mereka sepatutnya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan proses yang sudah dipermudahkan. 

“Perlu diingatkan bahawa risikan oleh pihak berkuasa adalah secara berterusan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja serta meninjau kawasan banjir di Kahang, Kluang dekat sini hari ini. 

Kementeriannya juga sudah menemui duta dari negara sumber bagi menerangkan kemudahan disediakan oleh kerajaan bagi mengelak daripada rakyat mereka terjebak dengan sindiket pemalsuan pas lawatan kerja ini. 

Sebelum ini, dua warga Bangladesh disyaki menjadi dalang sindiket membekal tenaga kerja warga asing dan pas lawatan kerja sementara (PLKS) palsu ditahan dalam empat serbuan dilakukan Jabatan Imigresen di Klang, semalam.

Sindiket tersebut didakwa menyasarkan warga asing yang tidak mempunyai PLKS yang sah serta sebarang dokumen perjalanan sebelum membekalkan mereka kepada mana-mana syarikat atau majikan yang terdesak.

Dalam pada itu, beliau berkata,  perolehan aset bagi jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Walau bagaimanapun, permohonan akan dibuat berdasarkan bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya