Lori tangki bawa minyak sawit musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lori tangki bawa minyak sawit musnah dalam kebakaran

SEBUAH lori tangki membawa minyak kelapa sawit musnah 50 peratus dalam kejadian kebakaran di Kilometer 239.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) dekat Rembau petang tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Tindakan nekad seorang penunggang motosikal mengejar dan kemudian menahan sebuah lori tangki berjaya menyelamatkan nyawa pemandu lori berkenaan dalam kejadian kebakaran di Lebuhraya Utara Selatan di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Zulfadzli Osman berkata, dalam kejadian kebakaran di Kilometer 239.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), dekat Rembau di sini itu, lori berkenaan musnah 50 peratus di bahagian belakang.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 6.28 petang.

“Sebaik tiba, sebuah lori tangki sedang terbakar di bahagian belakang. Pemandu lori berusia 45 tahun sempat membuka bahagian kepala lori dari belakang lori terbabit selepas dimaklumkan seorang penunggang motosikal terdapat api di bahagian lampu signal belakang.

“Pasukan bomba yang tiba bergegas memadam kebakaran dan dianggarkan bahagian tersebut musnah 50 peratus. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya