Lima mangsa pemerdagangan manusia akan didakwa di Thailand - Utusan Malaysia

Lima mangsa pemerdagangan manusia akan didakwa di Thailand

SIM Chon Siang (tengah) hadir pada program edaran lokam sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom, Penor, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lima mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar bakal didakwa di Mahkamah Thailand atas kesalahan memasuki negara terbabit tanpa kebenaran.

Kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 33 tahun itu kini berada di Bangkok dan akan dibawa pulang selepas selesai proses dokumentasi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang yang membantu menyelamatkan kelima-lima mangsa terbabit.

Menurutnya, beliau bertolak ke Thailand esok dan akan pulang membawa semua mangsa ke tanah air, pada Selasa ini.

“Selepas selesai proses pendakwaan di Mahkamah Thailand, kita akan menguruskan passport sementara untuk mereka,” katanya ketika ditemui pada program edaran lokam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom, Penor di sini hari ini

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum itu, memaklumkan lebih 40 individu warga Malaysia menjadi mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap di Myawaddy, Myanmar.

“Angka itu direkodkan selepas menerima aduan daripada mangsa yang meminta untuk diselamatkan.

“Dalam hampir dua minggu tahun ini , saya menerima 40 aduan supaya menyelamat mereka daripada terus menjadi mangsa sindiket.

“Jadi, kita berusaha mendapat maklumat lanjut sebelum usaha menghubungi waris dilakukan bagi membolehkan laporan polis dibuat terhadap kehilangan anak mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya