Letupan bom: Reman suami isteri disambung - Utusan Malaysia

Letupan bom: Reman suami isteri disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Reman sepasang suami isteri disambung tujuh hari bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, pada 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suami isteri berusia 30 dan 33 disambung reman sehingga 17 Januari ini

“Pasangan itu, diwakili oleh peguam yang juga Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.

Kedua-dua suspek itu diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 7.20 petang di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah.

Polis turut menemukan barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.

Dalam kejadian  pukul 8.50 malam itu, mangsa maut akibat letupan bungkusan diletak di atas keretanya di depan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya.

Mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya, selepas dimaklumkan rakan sekerja.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya