Lelaki tertidur selepas pecah masuk rumah turut bawah pengaruh dadah - Utusan Malaysia

Lelaki tertidur selepas pecah masuk rumah turut bawah pengaruh dadah

SIN Kong Men menunjukkan pencuri yang tertidur selepas memecah masuk rumahnya di Taman Tanjung, Bahau, Jempol, pagi kelmarin.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pencuri yang ditangkap ketika tidur selepas memecah masuk sebuah rumah di Bahau di sini kelmarin juga didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, ujian saringan air kencing suspek lelaki berusia 41 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurutnya, susulan itu, suspek kini berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah rumah dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB )1952.

“Suspek juga merupakan individu dikehendaki bagi kes di bawah kesalahan yang sama sebelum ini iaitu Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB),” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang warga emas, Sin Kong Men, 66, terkejut apabila lelaki yang tidur di bahagian tengah rumahnya rupa-rupanya pencuri yang sedang mabuk.

Kejadian berlaku di Taman Tanjung, Bahau, di sini, kira-kira pukul 6.15 pagi, kelmarin.

Suspek dilapor mempunyai 21 rekod jenayah lampau di mana 15 daripadanya merupakan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah. Lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya