Lelaki dipukul selepas bercinta dengan isteri orang - Utusan Malaysia

Lelaki dipukul selepas bercinta dengan isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki dipukul selain diperas dengan wangnya diambil sebanyak RM14,000 selepas dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang yang juga suspek kejadian.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah Felda di Serting di sini pada 23 Januari lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia awal 20-an masih bujang dan merupakan peniaga telah berkenalan dengan isteri suspek melalui aplikasi WhatsApp kira-kira dua bulan lalu.

“Hubungan itu telah diketahui suspek dan suspek telah meminta mangsa untuk datang ke rumah. Sebaik sampai sekitar pukul 1 pagi, mangsa telah dipukul oleh suspek dan beberapa ahli keluarga suspek dengan menggunakan senjata di seluruh badan sehingga lebam.

“Mangsa telah dipukul dengan menggunakan kayu penyapu, kayu cangkul serta getah paip di bahagian badan, kepala serta ditumbuk di mata,” katanya.

Ujar sumber lagi, suspek kemudiannya telah meminta kad bank dan nombor pin untuk melakukan pengeluaran duit bagi ganti rugi telefon bimbit yang telah diberikan isterinya kepada mangsa.

Menurutnya, salah seorang ahli keluarga telah pergi ke bank bagi mengeluarkan duit sebanyak RM15,000.

“Suspek telah mengambil duit sebanyak RM14,000 dan menyerahkan RM1,000 kepada mangsa,” katanya.

Difahamkan, kesemua enam suspek berusia lingkungan 17 hingga 28 tahun telah ditangkap polis dan direman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta 384 Kanun Keseksaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya