Lelaki 20 tahun lemas di sungai Kampung Batu Bor, Bera - Utusan Malaysia

Lelaki 20 tahun lemas di sungai Kampung Batu Bor, Bera

ANGGOTA Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis sedang berusaha mencari Faizal Akmal Fikri Mohd. Fauzi yang dipercayai lemas di sungai berdekatan Kampung Batu Bor di Bera, Pahang. - FOTO /IHSAN APM BERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang lelaki berusia 20 tahun, Faizal Akmal Fikri Mohd. Fauzi dilaporkan lemas di Sungai Pahang di Kampung Batu Bor di sini kira-kira pada pukul 4 petang hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pukul 5.15 petang.

“Maklumat awal diperoleh, mangsa dari Kampung Bukit Lada, Temerloh dipercayai mandi di sungai berdekatan masjid lama Kampung Batu Bor.

“Mangsa dipercayai hilang pukul 4 petang berdasarkan saksi orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, pasukan bomba membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tebing sungai.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai datang berseorangan dan kita menemui sebuah motosikal serta selipar miliknya di lokasi kejadian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.