Lapan rumah di Kg. Contoh dinaiki air - Utusan Malaysia

Lapan rumah di Kg. Contoh dinaiki air

LAPAN buah rumah di Kampung Contoh, Kahang dinaiki air selepas hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lapan buah rumah di Kampung Contoh di Kahang, dekat sini dinaiki air ekoran hujan lebat mulai pukul 8 pagi tadi. 

Air banjir turut menenggelami jalan di Batu 23, berhampiran Pekan Kahang sehingga menyebabkan kesesakan kerana hanya satu lorong dibuka untuk laluan kenderaan.

Walau bagaimanapun, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kluang dalam satu kenyataan memaklumkan tiada pusat pemindahan sementara dibuka hingga lewat petang ini. 

Difahamkan tiga daripada rumah terlibat dimasuki air sehingga separas lutut, namun mangsa berpindah ke rumah saudara berdekatan di kampung berkenaan.

Orang ramai diminta lebih peka dengan keadaan banjir di kawasan mereka dan segera berpindah sekiranya diarahkan  berbuat demikian oleh pihak berkuasa.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.