Lantik syarikat berlesen, lupus hiasan terdapat ayat suci al-Quran - Utusan Malaysia

Lantik syarikat berlesen, lupus hiasan terdapat ayat suci al-Quran

SITI Yusnita Mohamad Yusof (kiri) bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) UKM , Prof. Datuk Dr. Norazah Mohd. Nordin (empat dari kiri) pada Program Pelestarian Taman Inspirasiku Taman Albury 2, di Lenggeng, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mana-mana pihak termasuk individu yang mahu melupus atau membuang perhiasan mengandungi ayat suci al-Quran perlu melantik syarikat berlesen bagi mengelakkan ia dibuang dan dilonggokkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, barangan perhiasan yang mempunyai ayat suci al-Quran tidak boleh sewenang-wenangnya di buat di tapak pelupusan sampah malah ia mempunyai kaedah tertentu untuk melupuskannya.

“Pemilik perlu perlu melantik kontraktor yang berlesen sebelum melupuskan al-Quran tersebut di tapak pelupusan yang dibenarkan. Sekiranya dilupuskan secara haram dan pihak berkuasa dapat menangkap individu tersebut kami akan membuka kertas siasatan.

“Ia seterusnya akan disiasat mengikut Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokkan, pengolahan, pelupusan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran,” katanya kepada pemberita pada Program Pelestarian Taman Inspirasiku Taman Albury 2, Lenggeng di sini hari ini.

Pada 27 Disember lalu, media melaporkan longgokan hiasan yang dibingkaikan mengandungi ayat-ayat suci al-Quran termasuk ayat tiga qul dan doa 1,000 dinar dibuang di kawasan tempat pembuangan sampah haram di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai di sini.

Hasil siasatan awal pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), tidak menolak longgokan kira-kira hampir tujuh tan itu dilakukan oleh pihak industri atau peniaga sekitar Nilai 3 di sini.

Sementara itu, jelas Siti Yusnita, kesemua barangan tersebut telah diserahkan kepada pihak JHEAINS dan dilupuskan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini.

Dalam pada itu katanya, Program Pelestarian Taman Inspirasiku Taman Albury 2 merupakan kesinambungan dari kejayaan penganjuran Program Pelestarian 1.0 yang diadakan pada 15 Januari tahun lalu.

Ujarnya, program berkenaan melibatkan beberapa pihak termasuk syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) Negeri Sembilan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

“Kami melihat tahap kesedaran dan amalan penduduk Taman Albury 2 berkenaan amalan kitar semula, penggunaan sangkar SWCorp dan cara hidup lestari selepas setahun program pelestarian 1.0 dijalankan adalah bertambah baik. 

“Program ini merupakan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan komuniti melalui pemindahan ilmu persekitaran disamping melibatkan pelajar terhadap aktiviti sosial,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya