Kerajaan Johor salur RM300 kepada mangsa banjir - Utusan Malaysia

Kerajaan Johor salur RM300 kepada mangsa banjir

ONN Hafiz Ghazi (bertopi biru) menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Setiap keluarga yang terjejas akibat banjir di negeri ini akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri bagi meringankan bebanan mereka.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampai berita gembira tersebut ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, dekat sini, petang tadi.

”Pada masa yang sama, kalau perlu bantuan (untuk membersihkan rumah) sukarelawan Southern Volunteers akan bantu.

“Bagi setiap keluarga mangsa, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan beri RM1,000 dan insya-Allah, kerajaan negeri akan tambah RM300 lagi bagi setiap keluarga,” kata kepada pemberita, di sini.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim.

Mengenai situasi banjir, beliau berkata, setakat pukul 4 petang tadi, beberapa PPS sudah pun ditutup dan berkurangan menjadi 53 berbanding 58 PPS yang direkodkan semalam.

“Mangsa banjir juga berkurangan menjadi 5,111 (4 petang) berbanding semalam. Segamat masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu seramai 1,468 mangsa daripada 428 keluarga yang menghuni 17 buah PPS, diikuti Mersing dan Kota Tinggi.

“Alhamdulillah cuaca hari ini agak baik. Sama-sama kita doakan agar keadaan kembali pulih,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.