Johor: 2,138 mangsa banjir masih di 22 PPS - Utusan Malaysia

Johor: 2,138 mangsa banjir masih di 22 PPS

KEADAAN rumah penduduk di Kampung Tengah, Segamat yang dinaiki banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini masih tidak berubah apabila 2,138 mangsa daripada 602 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah itu meningkat sedikit berbanding seramai 2,113 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi.

“Hanya tinggal empat daerah yang masih terjejas, iaitu Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat. Batu Pahat merupakan daerah paling terjejas paling dengan 879 mangsa daripada 246 keluarga yang ditempatkan di tujuh buah PPS.

“Mangsa banjir di Mersing pula berjumlah 823 orang daripada 241 keluarga di enam PPS, manakala di Kota Tinggi 344 orang daripada 87 keluarga di lima PPS dan di Segamat tinggal hanya 92 orang daripada 28 keluarga di empat PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan air naik setinggi 1.0 meter (m).

“Di Kota Tinggi pula, Jalan Mawai Lama yang dinaiki air setinggi 0.3 m dan Jalan Kota Tinggi-Rengit dinaiki air setinggi 1.9 m hanya dibuka untuk kenderaan berat, manakala Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh,” katanya.

Azmi turut memberitahu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Endau di Mersing kini mencatatkan bacaan 2.38 m, melepasi paras bahaya 2.20 m manakala di Segamat, Sungai Muar di Buloh Kasap berada pada paras amaran dengan bacaan 8.87 m dan Sungai Bekok dan Sungai Sembrong di Batu Pahat, masing-masing sudah berada pada paras amaran, iaitu mencecah 11.01 m dan 18.56 m. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya