Jalan dinaiki air, pengantin baharu diangkut dengan bot APM - Utusan Malaysia

Jalan dinaiki air, pengantin baharu diangkut dengan bot APM

PASANGAN pengantin dibawa menggunakan bot APM ke rumah pengantin perempuan berikutan jalan dinaiki air di Kampung Sempadan di Jerantut, Pahang. - FOTO /IHSAN APM JERANTUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sepasang pengantin baharu berdepan pengalaman menyeronokkan apabila diangkut dengan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyeberangi laluan ke rumah pengantin perempuan berikutan ditenggelami air Sungai Span semalam.

Pasangan tersebut, Afifah Jamisan dan Muhammad Amirul Asyraf Muhamad Daud dibawa dengan bot APM ke rumah Jamisan Jamahat, bapa pengantin perempuan kerana laluan Jalan Sungai Relai 8, Kampung Sempadan disini yang ditenggelami air kira-kira 1.5 meter dalam dan sejauh 10 meter.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), Samsuri Salamen berkata, hujan lebat tanpa henti bermula pukul 3 petang Jumaat lalu sehingga pukul 3 petang semalam.

“Oleh kerana laluan ditenggelami air, untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini, kami memohon bantuan bot APM untuk mengangkut pasangan ini dan juga tetamu lain menyeberangi kawasan yang dinaiki air.

“Bantuan APM diperlukan supaya majlis kenduri kahwin itu tidak tergendala dan dapat diteruskan serta berjalan lancar.

“Saya dan keluarga pengantin berterima kasih kepada pihak pengurusan APM Jerantut atas bantuan ini sehingga majlis yang diatur bertambah meriah, ” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Jerantut, Muszaidi Musa berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12 tengah hari, Sabtu.

Katanya, APM Jerantut memberi bantuan kepada keluarga pengantin tersebut untuk mengangkut pengantin dan tetamu lain menyeberangi kawasan yang ditenggelami air.

“Seramai 10 orang anggota, sebuah bot gentian kaca telah diaturgerakkan bagi memberikan bantuan ke tempat kejadian. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.