Isu Pantai Sungai Kajang, tunggu laporan JPNS - Utusan Malaysia

Isu Pantai Sungai Kajang, tunggu laporan JPNS

Jemaah haji Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pantai Sungai Kajang didakwa menjadi sebahagian daripada lingkungan rizab paya bakau menyebabkan kawasan tumpuan penduduk setempat itu disita bagi memastikan alam semula jadi di sana terpelihara.

Bagaimanapun, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) diminta memberikan perincian mengenai tindakan menyita kawasan tersebut kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan alam sekitar perlu dipelihara dan tidak mahu kawasan yang dilindungi diceroboh perlu dipelihara.

“Saya sudah minta JPNS memberi maklum balas,  namun saya difahamkan kawasan tersebut dalam lingkungan rizab paya bakau.

“Oleh itu kita tidak mahu berlaku pencerobohan dan sebagainya di kawasan tersebut. Permintaan penduduk kawasan tersebut dipelihara dan kita peliharalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) 2023, hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) diminta memberi penjelasan terperinci mengenai tindakan sitaan di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, sejak 10 Januari lalu. 

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, tindakan sita itu menimbulkan persoalan kepada penduduk, pengunjung dan peniaga di kawasan tersebut. 

Dalam pada itu, Amirudin turut memberitahu beliau difahamkan ada aduan penduduk mengatakan kawasan tersebut berlaku pencerobohan oleh pihak tertentu.

“Apa yang dilakukan JPNS adalah mengambil tindakan mengawal kawasan tersebut supaya tidak berlaku pencerobohan dan kita terpaksa melindungi kawasan rizab bakau tersebut.

“Apapun kita tunggu maklum balas daripada pihak JPNS berhubung perkara tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya