Ismail Sabri belum buat keputusan pertahan Naib Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Ismail Sabri belum buat keputusan pertahan Naib Presiden UMNO

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti tersebut tahun ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, masih terlalu awal untuk memutuskan perkara itu namun mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMN0 Bahagian Bera.

“Saya tidak tahu (sama ada mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO)… saya perlu berbincang dengan orang Bera kerana masih awal. Jadi tunggu pengumuman saya…apa yang saya boleh sahkan saya akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.

“Sebagai ahli Parlimen, saya perlu terus berkhidmat kepada UMNO di sini (Bera) yang menjadi teras perjuangan dalam parti terbesar orang Melayu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Kawalan Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bera di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian apabila ditanya sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO atau tidak menyertai pemilihan parti itu yang dijadualkan sebelum 19 Mei tahun ini, enam bulan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Pada Mac tahun lalu, Perhimpunan Agung UMNO meluluskan usul untuk menangguhkan pemilihan parti berkenaan kepada enam bulan selepas PRU15 diadakan.

Mengulas soalan hanya jawatan Naib Presiden dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini, Ismail Sabri berkata, ia keputusan yang diputuskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 minggu lalu.

Ditanya sama ada keputusan berkenaan sudah dimuktamadkan, beliau menjawab mungkin ada perubahan jika ada pihak yang mencabar ketetapan tersebut.

“Seperti yang dipersetujui semasa Perhimpunan Agung UMNO, jawatan presiden dan timbalan tidak akan dipertandingkan, tetapi ia juga boleh ditentukan oleh Pendaftar Pertubuhan (jika dicabar),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya