Hajat berkelah, ziarah bapa saudara tidak kesampaian - Utusan Malaysia

Hajat berkelah, ziarah bapa saudara tidak kesampaian

Mohd. Arifin Syamsuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Hajat sebuah keluarga untuk berkelah serta menziarahi bapa saudara di Mersing tidak kesampaian apabila salah sebuah daripada kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan semua enam orang di dalamnya maut, semalam. 

Mohd. Arifin Syamsuddin, 32, berkata, mereka bergerak dari Layang-Layang kira-kira pukul 4 petang menaiki tiga buah kenderaan dan kereta Perodua Myvi dipandu oleh Mohd  Sharizan Syafandi, 24, berada di hadapan. 

Namun, jarak antara mereka yang agak jauh menyebabkannya tidak dapat melihat punca kejadian, tetapi menyedari kemalangan itu sebaik sahaja melihat kereta Perodua Myvi sudah terbalik di tepi jalan. 

“Tanpa membuang masa saya dan sebuah kereta lagi berhenti dan keluar untuk menyelamatkan mangsa, namun tersentak selepas mendapati lima daripadanya sudah tidak bernyawa lagi. 

“Namun Siti Nurzannah Kahdar, 25, yang masih sedarkan diri kami keluarkan sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang,” katanya ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Enche’ Hajjah Besar Khalsom, di sini.

Ketika mengeluarkan mangsa, dia mendakwa terkena renjatan elektrik, namun tidak mengendahkannya kerana semua yang terlibat adalah saudara terdekatnya. 

“Orang ramai yang berada di situ tidak berani turun ke kawasan itu dan saya nekad menyelamatkan mereka satu persatu bermula dengan mendukung anak perempuan saya yang sudah terkulai di riba ibu saudara di kerusi penumpang hadapan,” katanya.

Dalam nahas itu, anak sulungnya, Mohd. Ashraf Rafiq, 11, dan anak saudaranya yang juga adik-beradik, Muhammad Zharfan Noramin, 15, dan Muhammad Syakir, 10, penumpang di tempat duduk belakang, meninggal dunia.

Turut meninggal dunia, adik iparnya, Siti Nurzannah Kahdar di tempat duduk penumpang hadapan.

Dua lagi mangsa yang maut, seorang lagi adik iparnya, Masrina Kahdar, 20, dan seorang lagi ahli keluarga, Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22, yang di tempat duduk tempat penumpang belakang.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang semalam, enam maut dan enam cedera dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi dan Honda Stream di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.